Mengapa Perlunya Galeri Seni

Nabihah Alimon
3 min readJun 21, 2023

--

Gambar daripada penulis di Galeri Kunang Kunang, Johor Bahru, Johor.

Mengenang pengambilan intern untuk bidang seni, aku rasa terpanggil untuk meluah. Curahan sebagai orang umum, orang biasa-biasa. Bukan cerita intern yang aku mahu hangat perkatakan tetapi tentang mengenang industri seni di Malaysia terutamanya di Johor. Aku bukanlah ahli dalam seni atau mempunyai latar belakang seni. Aku sendiri mempunyai latar belakang sebagai budak sains yang meminati seni. Sebab pada aku, apa yang ada dalam bidang seni tiada dalam bidang sains. Walaupun banyak orang sedar atau tekankan sains ni lebih penting dalam menyelesaikan masalah harian.

Seni yang biasa orang tahu atau orang umum seperti aku kenal adalah muzik, sastera, persembahan dan lukisan. Dan aku cuba bayangkan kehidupan tanpa seni ini. Susah nak dibayangkan. Malah aku rasa tanpa lukisan di gua pada zaman batu, aku tak tahu apa yang boleh disampaikan daripada zaman dahulu kala ke arah zaman masa hadapan. Dengan cara ini, boleh kita meluahkan rasa atau menyampaikan maklumat.

Berbalik kepada cara-cara nak menyampaikan hasil seni kepada orang umum, sememangnya kita akan ikut pada cara penyampaian paling murah dan paling cepat hendak sampai. Muzik dan persembahan seperti filem itu pun dikategorikan sebagai hiburan. Sastera dan lukisan nak dikategorikan sebagai hiburan memang berat. Memerlukan medium. Inikan pula orang yang membaca sudah semakin berkurang. Atau aku sebenarnya silap tentang hal statistik berapa ramai orang yang membaca.

Melalui kehadiran institusi dan kementerian, macam tidak berapa cerah. Mungkin di kalangan kelompok mereka, cara standardlah paling senang hendak cecah. Kalau orang umum seperti aku, mengenal orang-orang yang meminati seni mungkin tidak berapa sukar tetapi bagaimana dengan orang biasa-biasa di sekeliling kita? Malah di tempat lahir kampung aku, galeri macam segan-segan sahaja dan boleh dikira jumlahnya. Di Kuala Lumpur boleh tahan jugak aku tengok tahap kewujudannya sekarang. Kalau orang luar seperti pelancong datang, mungkin mereka boleh faham di mana tahap Malaysia dengan pendedahan seni ini.

Contoh terkini, bidang spesifik seperti botanical artist di Malaysia pun tiada persatuan. Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura sudah berpersatuan. Yang ini adalah yang berdaftar di sekitar negara Asia Tenggara. Persatuan mungkin perlu ada pergerakan dan aktiviti, tetapi idea yang menampakkan seni bukanlah hanya sebahagian sisi kehidupan manusia saja.

Aku tidak mahu tegur bahagian orang-orang elitis, atau pada fahaman orang kebanyakan bahawa lukisan terlalu mahal untuk dibeli. Harga yang dibayar adalah atas hasil kerja yang sama seperti kau buat kerja-kerja lain juga seperti membuat perabot, membengkok besi dan mereka bangunan. Fahamilah, bahawa ia adalah harga emosi dan memori yang terhampar keluar.

Untuk hal intern dalam tahun-tahun sebelumnya, mungkin mereka masih boleh harungi. Kadang-kadang bila kita berada dalam situasi sebegini dan bekerja dalam industri ini, baru kita tahu apa ceritanya. Mungkin inilah datangnya kesedaran untuk kita, untuk fikir apa yang kita boleh bawak dan majukan pada masa depan.

Cerita aku ini mungkin hadir atas permintaan dan pemerhatian sekeliling. Atau duduk pada sisi tebing yang dalam atau belah dalam yang telah ditinggalkan. Mana-mana kau boleh letakkan. Terpulang.

*Aku menulis di atas bas saat hujan turun sambil mendengar playlist daripada DAP aku. Macam mana ada lagu Doraemon. Nobody touch my DAP except maybe future husband.

--

--

Nabihah Alimon
Nabihah Alimon

Written by Nabihah Alimon

Nefelibata. Writer. Scientist. Earth citizen. INFP-HSP

No responses yet